Friday, December 24, 2010

LOVE ALLAH before LOVE SOMEONE





ohhhhhhh!!...dunia yang penuh muda mudi tanpa jiwa yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah..
tanpa ada perasaan cintakan pada-Nya yang Maha Agong
lantas..menjadikan jiwa-jiwa anak muda mudi kini
leka pada cinta manusia,duniawi,harta 
bahkan rela melepaskan nafsunya demi cinta manusia..\
mana roh anak muda seperti Saidina Ali???
mana roh anak mudi seperti Rabiatul Adawiyah??
yang melebihkan cintanya demi Allah
yang relakan hatinya berjihad dijalan-Nya
bukan kerana menginginkan ganjaran syurga-Nya
bahkan Redho dari-Nya...
ohhhh!!!!...
indahnya iman mereka..
tabahnya jasad mereka..
utuhnya jati diri mereka..
YA ALLAH..!!!jadikan kami anak muda mudi ini menjadi ikutan umat Muhammad,umat terbaik
yang engkau janjikan...

Orang yang belajar Al-Quran dan Mengajar pada orang lain..


sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud
" sebaik-baik dikalangan kamu ialah
 orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada yang lain"


dalam hadis yang lain Baginda bersabda yang bermaksud
"dari Abu hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda:\
kepada kaum yang suka berjamaah di rumah-rumah ibadat(masjid/surau/majlis ilmu)
dengan membaca Al-Quran secara bergilir-gilir,ajar mengajar 
antara satu sama lain maka akan diberi oleh Allah kepadanya
ketenangan dan ketenteraman
akan dilimpahkan kepadanya rahmat dan mereka sentiasa
dijaga oleh Malaikat dan juga Allah selalu ingat
kepada mereka".
(riwayat Muslim)

 semoga Allah memberi petunjuk kepada pembacanya dan petunjuk kepada orang yang mendengar pembacanya..
sekian..

Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan


setiap mukmin mereka percaya dan yakin
dengan membaca Al-quran,
merka sudah dijanjikan dengan pahala yang berlipat ganda
kerana ianya merupakan amal ibadat yang sangat mulia disisi agam Islam


Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan 
tidak kira di masa senang atau pun susah
gembira mahupun duka
bahkan ia menjadi penawar bagi mengubati penyakit jiwa...
kelebihan membaca Al-Quran inijelas disebut oleh Rasulullah S.A.W
di dalam sabdanya yang bermaksud
"ada 2 golongan manusia yang sentiasa didenki oleh orang lain: iaitu 
1.orang yang diberikan oleh Allah S.W.T kitab suci Al-Quran dan dibacanya siang dan malam.
2.orang yang dikurniakan oleh Allah harta siang dan malam beliau menggunakan kekayaan iti
untuk jalan kebaikan yang di redhoi Allah"
(riwayat Al-Bhukari dan Muslim)..

Keutamaan Membaca Al-Quran


Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhmmad S.A.W
dan merupakan rahmat yang besar seluruh alam ini..




di dalamnya
terdapat pengajaran yang menjadi pedoman
 dan petunjuk bagi sesiapa yang mengkaji dan mengamalkannya....
Al-Quran juga merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia
di alam ini...



isinya
 mencakupi semua ajaran yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya....
bagi mereka yang senantiasa membaca,
mempelajari dan menghayati segala ajarannya akan menambahkan
rasa cinta kepada Allah S.W.T
dan mereka akan diberi rahmat pada setiap masa

Al-Quran hua huda!!



Al-Quran itu petunjuk!! 

Hakikat umat islam pada hari ini masih mengakui Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat islam...namun...realitinya,berapa ramai kah dikalangan kita yang mengalami masalah akan bertemu kembali merujuk buku panduan alam ini(Al-Quran)???
persepsi kita pada hari ini...bertemu bomoh yang kononnya handal dalam segala macam benda mampu mengubati masalah seharian yang dialami mereka..dengan tekanan kerja,anak bini,hutang keliling pinggang dan macam benda lagi..
bukankah,Al-Quran telah memberitahu...bahawa cara mengatasi masalah ialah dengan melakukan solat,zikir dan melakukan amal kebajikan...amar maaruf nahi mungkar!!!
porak-puranda politik,ekonomi, bahkan masalah yang dialami di dunia ini juga mampu diatasi dengan merujuk kepada kitab yang diturunkan Sang Maha Pencipta..
akhir kalam...
saya menyeru...kepada yang membaca blog ini...sebar2kan...

"jadikan Al-Quran,budaya kita"

Permulaan yang baru


ku panjatkan segala kesyukuran pada Dia yang mengatur segala ketentuan-Nya dari azali lagi...
dapatlah ana memulakan dakwah dan jihad ana sebagai penyambung dan 
pewaris Rasul yang dicintai lagi di rindui


MUHAMMAD S.A.W..
mudah-mudahan segala usaha dakwah dan jihad ini diredhoi oleh 


ALLAH S.W.T
insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...