Friday, December 24, 2010

Keutamaan Membaca Al-Quran


Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhmmad S.A.W
dan merupakan rahmat yang besar seluruh alam ini..




di dalamnya
terdapat pengajaran yang menjadi pedoman
 dan petunjuk bagi sesiapa yang mengkaji dan mengamalkannya....
Al-Quran juga merupakan kitab suci yang terakhir yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia
di alam ini...



isinya
 mencakupi semua ajaran yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya....
bagi mereka yang senantiasa membaca,
mempelajari dan menghayati segala ajarannya akan menambahkan
rasa cinta kepada Allah S.W.T
dan mereka akan diberi rahmat pada setiap masa

Al-Quran hua huda!!



Al-Quran itu petunjuk!! 

Hakikat umat islam pada hari ini masih mengakui Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat islam...namun...realitinya,berapa ramai kah dikalangan kita yang mengalami masalah akan bertemu kembali merujuk buku panduan alam ini(Al-Quran)???
persepsi kita pada hari ini...bertemu bomoh yang kononnya handal dalam segala macam benda mampu mengubati masalah seharian yang dialami mereka..dengan tekanan kerja,anak bini,hutang keliling pinggang dan macam benda lagi..
bukankah,Al-Quran telah memberitahu...bahawa cara mengatasi masalah ialah dengan melakukan solat,zikir dan melakukan amal kebajikan...amar maaruf nahi mungkar!!!
porak-puranda politik,ekonomi, bahkan masalah yang dialami di dunia ini juga mampu diatasi dengan merujuk kepada kitab yang diturunkan Sang Maha Pencipta..
akhir kalam...
saya menyeru...kepada yang membaca blog ini...sebar2kan...

"jadikan Al-Quran,budaya kita"

Permulaan yang baru


ku panjatkan segala kesyukuran pada Dia yang mengatur segala ketentuan-Nya dari azali lagi...
dapatlah ana memulakan dakwah dan jihad ana sebagai penyambung dan 
pewaris Rasul yang dicintai lagi di rindui


MUHAMMAD S.A.W..
mudah-mudahan segala usaha dakwah dan jihad ini diredhoi oleh 


ALLAH S.W.T
insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...